Saturday, September 12, 2009

Sudah namanya manusia

Antara isu terhangat sekarang ini ialah isu sebat keatas peminum arak. Saya bukan orang yang mempunyai kepakaran untuk mengulas. namu isu in i saya ikuti, baca dengan membuat sedikit analisa ringkas. kenyataan menteri, bekas PM, PM, pelbagai pendapat daripada wakil SIS, penulis blog dan pelbagai pendapat lain di merata tempat. Ada yang memberi alasan, hujjah, menerima, menolak dengan pelbagai reaksi. Dalam banyak-banyak ulasan ttg isu berkenaan. tulisan yang paling melekat dihati dan yang paling berisi dan berilmu untuk dijadikah hujjah dan dalil bagi saya ialah pandangan daripada ustaz zaharuddin - http://www.zaharuddin/ .net.
Antara hak Allah dan tanggungjawab kita sebagai hamba ialah melaksanakan segala perintah Allah yang berupa perkara wajib dan rukun tanpa perlu bertanya - kenapa dan untuk apa? itu adalah tanggungjawab perhambaan. tetapi itulah sikap manusia, terlalu banyak alasan, dalih dan sebab dicari dan diterokai jika dalam lubuk hati mengatakan tidak mahu buat. sekiranya perkara 'tidak mahu buat' itu melibatkan perkara harus, sunat, atau makruh, atau haram tidak mengapa, malah kalau perkara haram tentunya kita akan mendapat ganjaran dari Allah. tetapi sekiranya satu tanggungajawab yang wajib, kepada Allah pulak tu. sudah tentu kita tiada pilihan sebenarnya melainkan mesti buat samada suka atau tidak. atau setidak-tidaknya berusaha sedaya upaya guna segala kemmapuan dan kebolehan untuk melakukannya, sekiranya masih gagal melakukannya akibat suatu halangan diluar kemampuan dan kuasa serta keupayaan kita, mudahan Allah mengampunkan 'keingkaran kita itu'. Tetapi sekiranya kita tidak mahu buat sesuatu suruhan Allah yang wajib, ada orang bercakap, menulis dan memberi pendapat, seolah-olah tidak bersetuju dengan Allah. dibimbangi kita termasuk orang yang meragui kuasa Allah taala yang menggambarkan betapa nipis, lemahnya iman yang kita miliki. Sebab itu sekiranya tidak faham, atau kurang faham (hukum hakam agama) bertanyalah kepada pakar, rujuk bahan ilmiah atau sekiranya tidak mahu sangat diam sahaja, jangan bercakap apa-apa dan jangan menulis apa-apa. Itu mungkin lebih baik bagi kita. wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment