Thursday, September 24, 2009

Salah Faham

Alhamdulillah
Puasa Ramadhan dah habis, 1 Syawal pun berlalu beberapa hari. catatan kali ini saya nak sebutkan tentang 'salah faham'. kalau salah faham biasa-biasa yang tidak melibatkan hukum mungkin tidak apa, tetapi sekiranya melibatkan yang wajib, sunat, dan lain-lain, kita orang islam perlu faham, mengerti dan lebih penting mesti buat.


Hampir setiap malam ramadhan berpusulah umat merebut pahala ke masjid dan surau untuk bertarawikh, tadarrus, dan lain-lain ibadat berkaitan, pada pagi raya juga begitu, hampir semua masjid dan surau penuh dengan umat islam membesarkan Allah dan bergembira di pagi raya, amaln yang saya sebutkan itu amatlah baik dan semestinya kita sebagai umat islam amat rugi untuk melepaskannya.


Walaubagaimanapun bertarawikh, tadarrus, solat sunat idulfitri dll yang saya sebutkan itu adalah dalam kategori sunat yang mana dalam fahaman yang mudah tidaklah berdosa sekiranya kita tidak melakukannya (jangan pula ambil mudah), berapa ramai yang tidak miss bertarawikh, dan berapa ramai yang bersemangat ke masjid dan surau pada pagi raya untuk sembahyang SUNAT hari raya, sedangkan pada paginya TERLUPA untuk sembahyang subuh yang memang wajib.

Itulah kesilapan dan banyak salah faham yang melanda sebahagian umat islam kita, keliru yang mengutamakan mana satu yang lebih utama. adalah diharapkan kita sedaya upaya melengkapkan diri dengan sedikit ilmu supaya ianya menjadi panduan hidup. INSYAALLAH.

No comments:

Post a Comment