Thursday, August 11, 2011


TRANSFORMASI RAMADHAN (1)
http://www.rosha1975.blogspot.com/

SELAMAT BERPUASA
Panas, membahang, mencengkam – itulah maksud perkataan Ramadhan sekiranya di Bahasa Malasiakan…. kenapa begitu? Mungkin kerana biasanya bila tiba Ramadhan, akan berlaku kepanasan yang agak terik di Tanah Arab yang biasanya dilanda dengan musim kemarau. Di samping itu ada cendekiawan menyebutkan, diistilahkan ramadhan kerana pada bulan ini menjadi medan bagi Allah membakar dosa-dosa manusia.
“Apa perasaan kita semua dengan kedatangan ramadhan ini?” Tanya Ustaz Wan Ahmad Faisal dalam ceramah persediaan Ramadhan di Surau SMV Sibu pada 29 Julai lalu. “Jawapan mesti dengan hati dan iman, bukan hanya di mulut kerana kita boleh saja membohongi orang lain dengan pelbagai jawapan, tetapi pastinya diri kita tidak bisa kita bohongi, dan apalah kudrat kita untuk membohongi Allah dan malaikat yang tidak pernah lalai daripada menjalankan tugas”. Sambung Ustaz Wan panjang lebar.
SIKAP KITA TERHADAP DATANGNYA RAMADHAN.
Perasaan sambut ramadahan 1432H / 2011M. Apa perasaan kita?
Secara umumnya ada tiga jawapan, yang ada kelapangan mungkin boleh rujuk dalam kitab Ihya’ Ulumuddin (Imam Al-Ghazali);
Golongan pertama: Mereka yang gembira, ceria, suka dan menunggu-nunggu datangnya ramadhan, namun sebab kegembiraan itu pelbagai. Mungkin di sekolah kita, kalaupun kita gembira bukan sebab cuti 1 Ramadhan, sebab kita tidak cuti, kita juga gembira bukan sebab balik awal di bulan Ramadhan, sebab kita tidak balik awal, mungkin ya bagi AKS muslim yang dibenarkan balik awal oleh tuan pengetua. Namun mungkin kita gembira sebab tidak ada aktiviti petang, gembira sebab KK sudah diumumkan tamat seketika oleh PKKK, atau gembira sebab kelas KBK ditangguh atau mungkin kegembiraan kita atas pelbagai sebab (takkan nak senarai semua, masing-masing pasti tahu sebab kegembiraan sendiri), namun sebab-sebab kegembiraan di atas tiada nilainya di sisi Allah taala kerana ianya berpaksikan alasan dunia. Ringkasnya kita mesti tanamkan rasa gembira dengan sebab ramadhan ini kerana pelbagai tawaran daripada Allah yang ada dalam bulan yang mulia, insyaallah ada masa akan dituliskan lagi, pastinya… tawaran Allah ini tiada nilainya jika dibandingkan tawaran Star Mega Mall, Giants yang bakal dibulan 12 Ogos ini. Oleh itu betulkan sebab kita gembira…

Golongan kedua: “Aku biasa jak bulan posa tuk, sik da apa-apa, macam biasa-biasa, ehh macam tahun dulok” kata seorang Hamba Allah. Gambaran bagi mereka yang biasa saja, x ada apa-apa perasaan, gembira pun tidak.. sedih apatah lagi dengan Ramadhan ini, Ustaz Wan cakap orang ini sama seperti tiang mikrofon, atau mungkin tiang elektrik yang bersusun ditepi jalan raya (dari segi tak ada perasaan). Yang difikir hanyalah tidak makan dan tidak minum, ‘aktiviti’ lagi berjalan seperti biasa. Cadangan untuk yang ini… ubahlah kebiasaan di Ramadhan ini.

Golongan ketiga : Mereka yang berdukacita, susah hati, mengeluh dengan kedatangan Ramadhan, mana tidaknya?... rutin hariannya terganggu…makan, minum, main dsb tergendala dengan sebab Ramadhan, dirinya merasakan ramadhan ini agak menyusahkan, membebankan, malah lebih teruk lagi sudah berkira-kira untuk tidak puasa. Nauzubillah kerana golongan ini bakal binasa.

MUNGKIN HANYA ANDAIAN
Pengkelasan bagi tiga golongan di atas mungkin tidak tepat 100% dengan diri kita, tapi mungkin ada kena sipi-sipinya. Kita menilai diri kita, Allah yang memberi markah ikut piawaianNya. Jangan risau…kerana piawaian Allah pastinya adil, tepat, betul mengikut selayaknya yang kita sepatutnya dapat. Kita mungkin pernah buat penilaian kendiri SKPM, kendiri kantin / dewan makan, ulbs dan pelbagai penilaian dalam kerja seharian yang mungkin ada kelemahan dan kekurangan, namun jangan risau, jika kita telah berusaha sedaya upaya, mengikut jalan sepatutnya, kita tidak dikira sebagai orang ‘bersalah’ mengikut standard piawaian Allah.

TANAMKAN AZAM
Ya Allah… kuatkanlah semangat dan keazaman kami untuk menyambut mengharungi ramadhan kali ini dengan pengisian yang lebih baik dan bermakna berbanding Ramadhan yang lepas-lepas, doa yang perlu diulang kerana penentunnya ialah Allah, kerana kita hanya dapat merancang.
Tanamkan azam untuk sedikit TRANSFORMASI papa RAMADHAN kali ini. Perancangan untuk ibadat-ibadat khusus seperti terawih, sedeqah, baca Al-Qur’an perlu dijadualkan dalam setiap diri (dah buat jadual s/ada bertulis atau hanya dalam fikiran) perlu diikut, rugi kalau masa kita banyak digunakan untuk bercakap persiapan berbuka, asyik-asyik berbincang tentang menu makan, (bukan tidak boleh, tapi makan ada pada semua bulan, kita fokuskan pada Ramadhan ini kepada tawaran Allah yang tidak ada pada bulan lain). Nikmat makan pasti ada sebab itu dah di sebut Rasulullah
“Bagi yang berpuasa ada dua kegembiraan, kegembiraan pertama semasa berbuka dan kegembiraan kedua ialah semasa bertemu dengan Allah taala”
Semoga kita mendapat kedua-dua kegembiraan berkenaan, Insyaallah.

Cukuplah duluuuu…….. catatan pertama di bulan Ramadhan tahun ini. ASSALAMUALAIKUM……..
Selengkapnya...