Thursday, September 24, 2009

Salah Faham

Alhamdulillah
Puasa Ramadhan dah habis, 1 Syawal pun berlalu beberapa hari. catatan kali ini saya nak sebutkan tentang 'salah faham'. kalau salah faham biasa-biasa yang tidak melibatkan hukum mungkin tidak apa, tetapi sekiranya melibatkan yang wajib, sunat, dan lain-lain, kita orang islam perlu faham, mengerti dan lebih penting mesti buat.


Hampir setiap malam ramadhan berpusulah umat merebut pahala ke masjid dan surau untuk bertarawikh, tadarrus, dan lain-lain ibadat berkaitan, pada pagi raya juga begitu, hampir semua masjid dan surau penuh dengan umat islam membesarkan Allah dan bergembira di pagi raya, amaln yang saya sebutkan itu amatlah baik dan semestinya kita sebagai umat islam amat rugi untuk melepaskannya.


Walaubagaimanapun bertarawikh, tadarrus, solat sunat idulfitri dll yang saya sebutkan itu adalah dalam kategori sunat yang mana dalam fahaman yang mudah tidaklah berdosa sekiranya kita tidak melakukannya (jangan pula ambil mudah), berapa ramai yang tidak miss bertarawikh, dan berapa ramai yang bersemangat ke masjid dan surau pada pagi raya untuk sembahyang SUNAT hari raya, sedangkan pada paginya TERLUPA untuk sembahyang subuh yang memang wajib.

Itulah kesilapan dan banyak salah faham yang melanda sebahagian umat islam kita, keliru yang mengutamakan mana satu yang lebih utama. adalah diharapkan kita sedaya upaya melengkapkan diri dengan sedikit ilmu supaya ianya menjadi panduan hidup. INSYAALLAH. Selengkapnya...

Nasihat kepada para isteri

Geli aku, begitulah kata perumpaman yang dapat aku gambarkan apabila Handphone yang berada dalam poket atas baju melayu aku bergetar yang menandakan telah masuknya SMS dari seorang hamba Allah kepada aku..“Tolong beli kicap”3 rangkap SMS yang di hantar ketika aku dalam perjalanan ke masjid, tidaklah mengembirakan aku kerana tumpuan aku kepada Allah akan terganggu, hampeh betul!.., nilah orang perempuan, kalau ye pun nak SMS, hantarlah lepas solat, barulah aku boleh solat dengan khuyuk dan khuduk.., akupun call isteri aku bagi ceramah sikit..“berapa kali abang nak pesan?, jangan kirim apa-apa waktu abang nak solat, kalau nak apa-apa, kirim lepas habis solat.., faham?!

Bini aku ketawa sambil mintak maaf, apa yang kelakar ntah? Katanya tak sengaja, dan janji lain kali tak buat lagi, dan juga berjanji di lain kali, akan SMS lepas solat jika ada apa-apa nak pesan..Jadi aku pesan lagi sekali kat semua isteri orang yang baca blog aku,:“TOLONG JANGAN SMS KIRIM BELI BARANG DAPUR WAKTU SUAMI NAK PERGI SOLAT”Faham?!Kalau nak SMS gak, tunggu lepas 15 minit, insyAllah, lepas dah solat, suami akan beli barang dapur yang korang kirim dengan senang hati, jika tidak, alamak!, dalam setiap rakaat ler nampaknya syaitan akan ingatkan barang yang nak di beli.., iman rukuk -tolong beli kicap, imam iktidal -kicap warna hitam, imam sujud -cap kipas udang, imam duduk antara dua sujud,-kenapa kicap asyik warna hitam?, imam sujud balik – apa salahnya jika kicap warna biru? Imam rakaat ke dua, korang dah bukak kilang kicap, imam bagi salam, korang tiba tiba sambung satu rakaat sebab asyik sangat berangan jadi jutawan kicap warna biru.., apa apa ntah?!Habis sampai situ, harap semua isteri di luar sana mengerti penderitaan suami masing-masing, Ok, bercerita tentang SMS, korang perasan tak? Dalam solat, kita sebenarnya sentiasa menghatar ‘sms’ kepada Allah..Sebagai contoh waktu rukuk, ‘sms’ yang kita hantar:"Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujianNya."Waktu iktidal pulak, kita hantar ‘sms’:"Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian."Lepas tu waktu sujud, kita hantar 3 kali lagi ‘sms’"Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujianNya."Duduk antara dua sujuk, ‘sms’ kita panjang sikit:"Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, lindungkan aku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku."Dan pentuup solat, kita bagi ‘sms’ yang panjang.."Segala penghormatan yang berkat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah...."


Dan tahukah korang?, bahawa setiap ‘sms’ yang korang hantar kepada Allah itu, sebenarnya Allah terima dan balas balik bagi mereka yang khusyuk…Contohnya dalam Al fatihah:‘sms’ korang:''Segala puji bagi Allah, Tuhan seru sekalian alam.''‘sms’ dari Allah:"Hamba-Ku telah memuji-Ku."‘sms’ korang:''Yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang.''‘sms’ dari Allah:"Hamba-Ku Mengagungkan-Ku."‘sms’ korang:''Raja di Hari Pengadilan.''‘sms’ dari Allah:"Hamba-Ku berserah diri kepada-Ku."‘sms’ korang:''Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada-Mu kami memohon pertolongan.''‘sms’ dari Allah:"Inilah antara Aku dan hamba-Ku, dan bagi hamba-Ku apa yang ia minta."‘sms’ korang:''Tunjukilah kami jalan yang lurus, jalan yang telah Engkau anugerahkan kepada mereka yang Engkau cintai, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang Engkau sesatkan.''‘sms’ dari Allah:"Ini milik hamba-Ku, dan bagi hamba-Ku apa yang ia minta."****Lepas tu pulak, bila korang dah habis solat, maka korang akan hantar ‘sms’ panjang panjang mengikut hajat masing masing.. dan tahukan korang?, apakah tanda ‘sms panjang’ kita itu diterima?Menurut seorang sahabat Tabein yang bernama Thabib Bananni Rahmatullaalahi, beliau menyatakan seorang wali Allah akan dapat mengetahui akan ‘sms’ manakah yang di ‘hantar’ oleh beliau yang diterima oleh Allah, iaitu beliau setiap kali badan rasa bergetar, air mata mengalir, bulu roma meremang dan satu ‘vibrate’ dalam dada berlaku di setiap kali hamba Allah ini berdoa, maka ‘vibrate’ dalam dada itulah antara salah satu petunjuk yang menandakan ‘sms’ beliau telah di terima oleh Allah.. hebat bukan?


Dada bergetar menandakan doa makbul? Aku juga pernah alami peristiwa ini, lepas solat, aku terus berdoa dengan tawajjuh pada Allah, mata ku pejam rapat rapat, dan tangan menggiggil tanda khuyuk dalam hati.. tiba tiba satu gegeran berlaku di dada aku, makin lama makin kuat.. oh, inilah agaknya pentanda bahawa doaku telah makbul..“Jangan lupa, beli kicap”Cis!, isyarat vibrate sms dari bini aku rupanya, hampeh! Lepas ni tak nak silent mode with vibration lagi! Geli tetek aku.End!Ps: Betul kata hadith, bahawa doa wanita lebih makbul dari lelaki
sumber dari kereta mayat


Selengkapnya...

Saturday, September 12, 2009

Sudah namanya manusia

Antara isu terhangat sekarang ini ialah isu sebat keatas peminum arak. Saya bukan orang yang mempunyai kepakaran untuk mengulas. namu isu in i saya ikuti, baca dengan membuat sedikit analisa ringkas. kenyataan menteri, bekas PM, PM, pelbagai pendapat daripada wakil SIS, penulis blog dan pelbagai pendapat lain di merata tempat. Ada yang memberi alasan, hujjah, menerima, menolak dengan pelbagai reaksi. Dalam banyak-banyak ulasan ttg isu berkenaan. tulisan yang paling melekat dihati dan yang paling berisi dan berilmu untuk dijadikah hujjah dan dalil bagi saya ialah pandangan daripada ustaz zaharuddin - http://www.zaharuddin/ .net.
Antara hak Allah dan tanggungjawab kita sebagai hamba ialah melaksanakan segala perintah Allah yang berupa perkara wajib dan rukun tanpa perlu bertanya - kenapa dan untuk apa? itu adalah tanggungjawab perhambaan. tetapi itulah sikap manusia, terlalu banyak alasan, dalih dan sebab dicari dan diterokai jika dalam lubuk hati mengatakan tidak mahu buat. sekiranya perkara 'tidak mahu buat' itu melibatkan perkara harus, sunat, atau makruh, atau haram tidak mengapa, malah kalau perkara haram tentunya kita akan mendapat ganjaran dari Allah. tetapi sekiranya satu tanggungajawab yang wajib, kepada Allah pulak tu. sudah tentu kita tiada pilihan sebenarnya melainkan mesti buat samada suka atau tidak. atau setidak-tidaknya berusaha sedaya upaya guna segala kemmapuan dan kebolehan untuk melakukannya, sekiranya masih gagal melakukannya akibat suatu halangan diluar kemampuan dan kuasa serta keupayaan kita, mudahan Allah mengampunkan 'keingkaran kita itu'. Tetapi sekiranya kita tidak mahu buat sesuatu suruhan Allah yang wajib, ada orang bercakap, menulis dan memberi pendapat, seolah-olah tidak bersetuju dengan Allah. dibimbangi kita termasuk orang yang meragui kuasa Allah taala yang menggambarkan betapa nipis, lemahnya iman yang kita miliki. Sebab itu sekiranya tidak faham, atau kurang faham (hukum hakam agama) bertanyalah kepada pakar, rujuk bahan ilmiah atau sekiranya tidak mahu sangat diam sahaja, jangan bercakap apa-apa dan jangan menulis apa-apa. Itu mungkin lebih baik bagi kita. wallahua'lam.

Selengkapnya...

Dana Surau An-Nadwah


Dana Surau An-Nadwah
Diharapkan lebih ramai yang berminat untuk menyumbang kepada dana surau SMK Rosli Dhoby yang dibina secara konsep ta'awun dan gotong-royong tanpa mengharap bantuan kerajaan maupun orang politik... Sehingga kini usaha pembinaan telah dimulakan. Kepada pengunjung blog ini yang mungkin mahu menanam sumbangan khairat dan mempermudahkan lagi proses pembinaan ini bolehlah menghulurkan sumbangan melalui akaun berikut;
NAMA AKAUN : BADAN AGAMA ISLAM (BADAI).
NAMA BANK : CIMB ISLAMIK BANK.
NO AKAUN : 1107-0000476-20-4.

Sabda Rasulullah SAW; "Barangsiapa meredah (jalan) kesusahan bagi menuntut ilmu; akan dipermudahkan oleh Allah SWT baginya langkah (jalan) ke Syurga". Selengkapnya...